Tawar jual vaksin Covid-19, dua sahabat diberkas - Utusan Malaysia

Tawar jual vaksin Covid-19, dua sahabat diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua individu termasuk seorang wanita ditahan polis dipercayai terlibat penipuan penjualan vaksin Covid-19 melalui media sosial dan panggilan telefon. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek berusia 26 tahun dan 27 tahun itu menawarkan pakej vaksin Covid-19 dengan kadar bayaran tertentu. 

“Siasatan dibuat selepas seorang pegawai perubatan membuat laporan mendakwa menerima makluman berhubung kewujudan penjualan vaksin daripada rakannya.

“Pakej tersebut menawarkan vaksin dengan harga RM450 untuk warganegara manakala RM800 untuk warga asing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Mohd. Kamarudin, kedua-dua suspek direman dua hari bagi membantu siasatan.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya