Perlukah kekal 70 ahli Kabinet, soal seorang MT UMNO - Utusan Malaysia

Perlukah kekal 70 ahli Kabinet, soal seorang MT UMNO

RAZLAN RAFII
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Banyak pihak mempertikai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak memberikan sebarang hasil yang positif kerana kes tidak menurun seperti yang diharapkan.

Menjelaskan keadaan tersebut, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii berkata, ini kerana kilang-kilang diberi kelulusan secara berleluasa yang mana sehingga semalam, kluster kilang bertambah, malah kian meningkat.

“Nampaknya, kerajaan bukan mahu mencari kaedah untuk dibantu, kerajaan hari ini menghabiskan duit kepada mengupah jurutulis siber untuk menunjukkan bahawa semua kepincangan ini adalah tipu dan bermotif politik.

“Saya nak bertanya kepada kerajaan, apakah angka mencecah 10,000 sehari dan angka kematian sehingga 4,000 adalah angka yang mereka anggap masih dalam berjaya? Bagaimana angka yang dibuang kerja? Bagaimana angka graduan yang tidak bekerja? Bagaimana dengan kadar bunuh diri? Bagaimana dengan angka gulung tikar? Bagaimana dengan angka miskin tegar?

“Ini semua adalah masalah yang makin meruncing bagi rakyat jelata untuk mereka meneruskan kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, Razlan turut mempersoal kedudukan 70 menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet yang didakwanya gagal menguruskan perihal rakyat, namun terus memperoleh pendapatan lumayan dalam keadaan rakyat kini sedang sengsara.

Segala usaha telah dilakukan sehinggalah, jelas Razlan, pihak Istana Negara sudah pun mengeluarkan titah supaya mengadakan sidang Parlimen dengan segera, namun tetap tidak diendahkan oleh mereka.

“Wahai rakyat, jalan terakhir kita mengadu kepada Istana sudah dilaksanakan dan Istana juga sudah mendengar suara anda.

“Teruslah tawakal. Kita usaha menulis, semoga Allah SWT mengetuk pintu hati Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri),” ujarnya. – UTUSAN ONLINE  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya