PETALING JAYA: Kes jangkitan baharu Covid-19 sekali lagi menunjukkan penurunan kepada 4,611 berbanding 5,293 kes yang direkodkan semalam.
Ini disebabkan beberapa negeri menunjukkan penurunan bilangan kes seperti Selangor yang mencatatkan 1,346 berbanding 1,680 kes semalam, Kuala Lumpur dengan 310 berbanding 379 kes semalam, Negeri Sembilan catatkan 437 kes berbanding 693 kes semalam dan Johor dengan 314 kes berbanding 627 kes semalam.
Selain itu, beberapa negeri lain turut mencatatkan penurunan iaitu, Pahang (50 kes), Pulau Pinang (84 kes) dan Labuan (130 kes).
Namun, ada juga negeri-negeri yang mencatatkan peningkatan iaitu Sabah (166 kes), Sarawak (682 kes), Kelantan (219 kes), Perak (453 kes), Kedah (182 kes), Melaka (205 kes), Terengganu (18 kes) dan Putrajaya (15 kes). – UTUSAN ONLINE