Perak lancar Tabung Kemanusiaan Palestin - Utusan Malaysia

Perak lancar Tabung Kemanusiaan Palestin

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Negeri Perak hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin bertujuan mengutip dana bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Zionis Israel.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, buat permulaan, Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak hari ini bersetuju menyediakan bantuan RM100,000 untuk disalurkan ke tabung tersebut.

Menurutnya, ia disusuli dengan sumbangan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) negeri.

“Inisiatif ini juga dipanjangkan kepada jabatan dan agensi kerajaan selain sektor swasta dan persendirian daripada seluruh negeri Perak.

“Tabung ini adalah tanda solidariti rakyat Perak tanpa mengira kaum dan anutan agama dalam menyokong bantahan dunia terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Saarani, bagi memastikan bantuan tersebut sampai kepada golongan sasar, kerajaan negeri meminta bantuan Ahli Parlimen Parit, Datuk Nizar Zakaria yang terlibat aktif dalam misi kemanusiaan ke Palestin sebelum ini.

“Beliau akan berhubung terus dengan pihak berkuasa negara tersebut selain melalui bantuan pihak Wisma Putra,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya