Pengunjung pantai Port Dickson patuh SOP - Utusan Malaysia

Pengunjung pantai Port Dickson patuh SOP

SEORANG pengunjung merakamkan gambar sekitar Pantai Telok Kemang yang lengang ekoran pelaksanaan PKP di seluruh negara serta penguatkuasaan larangan rentas daerah dan negeri bagi mengekang penularan Covid-19.- UTUSAN//MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Keadaan di sepanjang pantai Port Dickson terkawal dan orang ramai tidak berkumpul secara beramai-ramai untuk bersantai atau mengambil gambar sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, hasil pemantauan berkala polis di kawasan pantai mendapati pengunjung tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

“Memang ada yang bergambar di pantai tetapi tidak ramai seperti kebiasaan. Kebanyakan yang datang (ke pantai) adalah ahli keluarga dan terdiri daripada kumpulan kecil dua ke tiga orang.

“Hasil pemantauan juga mendapati pengunjung adalah orang tempatan dari kawasan sekitar Port Dickson kecuali tiga individu yang dikenakan kompaun RM5,000 seorang, Sabtu lalu kerana didapati merentas daerah tanpa kebenaran,” katanya di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, rata-rata pengunjung mengambil kesempatan untuk membawa keluarga ke pantai memandangkan aktiviti menziarah sepanjang Aidilfitri tidak dibenarkan seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Setakat ini seramai empat individu dikenakan kompaun di Port Dickson iaitu tiga daripada mereka dikompaun RM5,000 seorang kerana merentas daerah manakala seorang pengarah filem Tamil dikompaun RM10,000 atas kesalahan melakukan penggambaran di tempat awam di Jeti Penambang 2, Bukit Pelanduk di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya