Lelaki dikompaun RM4,000 bersiar-siar pakai gelang ‘pink’ - Utusan Malaysia

Lelaki dikompaun RM4,000 bersiar-siar pakai gelang ‘pink’

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang pesakit di bawah pengawasan (PUS) yang memakai gelang berwarna merah jambu dikenakan kompaun RM4,000 selepas didapati berada di dalam sebuah kompleks makanan di Teluk Air Tawar, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan lelaki berusia 58 tahun itu sedang berkeliaran di kawasan tersebut.

“Siasatan mendapati lelaki itu masih dalam tempoh kuarantin dan disebabkan kesalahan itu dia dikenakan kompaun RM4,000,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 27 kompaun kepada orang awam semalam selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daripada jumlah itu jelasnya, 25 individu dikompaun RM1,500 kerana kesalahan berkumpul tanpa mengamalkan penjarakan fizikal di beberapa lokasi yang diperiksa.

“Seorang pemilik kilang turut dikenakan kompaun RM2,000 kerana tidak mengimbas kod aplikasi MySejahtera dan tidak mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN