Langgar SOP: Borhan akui kesilapan, mohon maaf - Utusan Malaysia

Langgar SOP: Borhan akui kesilapan, mohon maaf

BORHAN Aman Shah (kanan) ketika hadir memberi keterangan di IPD Kuala Langat, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi, Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan dan Warisan negeri, Borhan Aman Shah mengakui kesilapannya berhubung tindakan melanggar prosedur operasi standard ( SOP ) ziarah Aidilfitri yang tular baru-baru ini.

Borhan dalam kenyataan rasmi menerusi laman sosial Facebooknya turut memohon maaf berhubung kesalahan yang dilakukannya.

“Saya ingin menyatakan kekesalan dalam perkara ini dan berjanji perkara seumpamanya tidak berulang. Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pihak atas kesalahan ini dan mengakui kesilapan serta mengambil sepenuh tanggungjawab berhubung perkara ini.

“Saya telah memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang dijalankan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh mengesahkan telah mengambil keterangan daripada Borhan semalam.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 17, P.U (A) 225/2021 Akta Pencegahan dan Kawalan Peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2021,” katanya.

Baru-baru ini, seorang Exco Selangor didakwa melanggar SOP ziarah Aidilfitri di kediamannya di Tanjung Sepat

Penularan gambar tersebut menerusi aplikasi WhatsApp memaparkan gambar daripada sebuah akaun twitter kira-kira pukul 5.45 petang.

Berdasarkan akaun Twitter berkenaan yang dipaparkan pada 11.27 pagi itu tertulis ‘Satu lagi kes perlanggaran SOP melibatkan kluster kayangan.. tarikh dan masa dah terpampang kat gambar2 tu’.

Gambar itu memaparkan satu majlis sambutan hari raya yang dikatakan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Ziarah Aidilfitri yang sedang berkuat kuasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya