Tindakan tegas akan diambil di tapak-tapak pembinaan - Utusan Malaysia

Tindakan tegas akan diambil di tapak-tapak pembinaan

JAGDEEP Singh Deo selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Angsana, Air Itam, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Tindakan tegas akan diambil termasuk kemungkinan menutup kawasan tapak pembinaan yang mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 tinggi di negeri ini bagi mengekang penularan pandemik berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, pihaknya telah mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Prai (MBSP) meningatkan pemantauan khususnya di tapak-tapak pembinaan.

“Anggota penguat kuasa kedua-dua majlis bandar raya sentiasa berada di lapangan termasuk di tapak pembinaan.

“Mereka melakukan pemantauan dan mengambil tindakan tegas sekiranya perlu,” katanya di Klinik Kesihatan Jalan Angsana, Air Itam, sini hari ini.

Terdahulu, Jagdeep menerima suntikan vaksin Covid-19 daripada petugas kesihatan di klinik berkenaan.

Kelmarin, peningkatan kes secara mendadak dicatatkan di Pulau Pinang iaitu 337 kes positif baharu Covid-19.

Peningkatan itu melibatkan 72 warganegara dan 265 warga asing dan merekodkan dua kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Queens Waterfront dan Kluster Jalan Kebun Nenas.

Dalam pada itu, Jagdeep berkata, kira-kira 355 anggota penguat kuasa MBPP (106 orang) dan MBSP (249 anggota) yang bertugas di lapangan turut menerima vaksin Covid-19 dalam Fasa 1.

Katanya, hanya pegawai penguat kuasa di kedua-dua majlis bandar raya yang diberi keutamaan untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut.

“Diharapkan semua turut mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 secepat mungkin bagi membolehkan kita menang dałam perjuangan ini.

“Saya juga telah menerima vaksin hari ini dan tiada apa-apa kesakitan dirasai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya