Keputusan pampasan kesan sampingan vaksin, Jumaat ini - Utusan Malaysia

Keputusan pampasan kesan sampingan vaksin, Jumaat ini

ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memutuskan pelaksanaan skim darurat, Tabung Mudarat Vaksinasi Kebangsaan bagi pembayaran pampasan kepada mereka yang menghadapi kesan sampingan selepas suntikan vaksin Covid-19, Jumaat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, skim terbabit akan dibentangkan kepada Kabinet bagi membincangkan pelbagai aspek sebelum dipersetujui pelaksanaannya.

Katanya, setakat ini, Kementerian Kesihatan dipertanggungjawab untuk mengemukakan cadangan kepada jemaah menteri.

“Sekiranya bertepatan dengan langkah menangani kesan suntikan vaksin, maka akan ada kata muktamad.

“Buat masa sekarang, kita namakan sebagai Tabung Mudarat Vaksinasi Kebangsaan,” katanya dalam sidang akhbar sempena majlis pelancaran buku “The Covid-19 Chronicles Of Malaysia | Navigating The Storm di pejabatnya, di sini hari ini.

Ditanya mengenai ex-gratia, beliau berkata, ia diguna pakai kerajaan dan perkara itu dicadangkan dan akan diumumkan Perdana Menteri pada 15 Mac ini.

“Buat masa sekarang, tiada kesan sampingan teruk yang memungkinkan seseorang itu menerima rawatan malah hampir 200,000 petugas barisan hadapan sudah divaksinkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN