Bekalan elektrik di PSV, PPV berkeadaan baik - Utusan Malaysia

Bekalan elektrik di PSV, PPV berkeadaan baik

PASUKAN teknikal TNB membuat kerja senggaran awal di PSV dan PPV.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekalan elektrik di kesemua 40 Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan lebih 400 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang beroperasi di seluruh Semenanjung berada dalam keadaan baik sejak pelaksanaan program imunisasi Covid-19 Kebangsaan, 24 Februari lalu.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Wan Nazmy Wan Mahmood berkata, ia berikutan usaha-usaha senggaraan awal oleh TNB di PSV dan PPV dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak hospital serta klinik kesihatan.

“Kami mendapat kerjasama dan sokongan yang begitu baik daripada KKM, hospital dan klinik kerajaan berkaitan.

“Pasukan teknikal ditempatkan di setiap pusat bagi membuat kerja senggaran awal untuk memastikan bekalan adalah stabil. Jika berlaku gangguan, ia dapat dipulihkan dalam tempoh minimum,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Wan Nazmy berkata, kerja-kerja senggaraan melibatkan pencawang dan pembekalan elektrik ke pusat penyimpanan vaksin itu yang dilakukan sejak awal Februari adalah antara aspek kritikal bagi menjayakan program imunisasi.

Katanya, TNB bersama-sama dengan pihak hospital dan klinik kesihatan memastikan set janakuasa di pusat-pusat perubatan terlibat berfungsi dan bersedia untuk beroperasi sekiranya diperlukan.

“Pasukan kami sentiasa membuat rondaan di semua PSV dan PPV di Semenanjung dan akan segera ke pusat yang berlaku gangguan bekalan bagi membantu memulihkan bekalan secepat mungkin,” katanya.

Tambah beliau, set-set janakuasa bergerak TNB juga bersedia untuk digerakkan serta-merta ke lokasi PSV dan PPV bagi memastikan tindakan pantas boleh diambil.

“Selain penyelenggaraan aset dan ketersediaan pasukan teknikal, TNB turut menyediakan dua saluran perhubungan khusus (talian khas) kepada pusat penyimpanan vaksin bagi membolehkan komunikasi pantas dengan TNB jika berlaku gangguan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.