fbpx

5 Ogos 2021, 3:21 pm

  TERKINI

Abdul Hadi selesai terima vaksin Covid-19

ABDUL Hadi Awang menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering, Kuala Terengganu, hari ini. UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 74, hari ini menerima vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering, di sini.

Abdul Hadi yang juga Presiden Pas disuntik ketua jururawat, Raziah Hanim Mamat kira-kira pukul 10.11 pagi.

Beliau antara penerima vaksin Covid-19 tertua di Malaysia selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 96, di samping isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, 95.

Abdul Hadi ketika ditemui berkata, prosedur vaksinasi Covid-19 yang dijalani hari ini sama seperti rutinnya mendapatkan rawatan di hospital.

“Saya sudah biasa setiap dua minggu sekali ke hospital, jadi proses yang dilakukan tadi macam biasa.

“Mendapatkan suntikan Covid-19 adalah antara ikhtiar kita selain bertawakal kepada Allah dan usaha untuk mencegah sebelum sakit itu sangat penting,” katanya kepada pemberita hari ini. – UTUSAN ONLINE


POPULAR

KOSMO! TERKINI