9,892 terima suntikan vaksin Covid-19 di Perak - Utusan Malaysia

9,892 terima suntikan vaksin Covid-19 di Perak

MOHD. Akmal Kamaruddin (dua dari kiri) merasmikan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) di Kampung Ulu Chepor Tambahan di Ipoh, Perak, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seramai 9,892 orang menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam tempoh lima hari Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama dilaksanakan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, pihaknya belum mendapat jumlah sebenar mereka yang mendaftar untuk program itu namun menyasarkan lebih 80 peratus rakyat Perak menerima suntikan berkenaan.

Katanya, pelbagai kempen digerakkan bagi menggalakkan penyertaan ramai termasuk melakukan pendaftaran secara manual menerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

“Ada penduduk di kawasan luar bandar yang tiada akses internet, jadi kita minta penghulu dan ketua kampung untuk edar borang dan buat pendaftaran secara manual.

“Kita juga sedang berusaha menerusi banyak kempen lain termasuk khutbah dan kuliah agama, malah teks khutbah sendiri adalah mengenai kepentingan mengambil vaksin untuk diri dan orang lain.

“Teks khutbah itu dibaca di seluruh masjid dan surau diri Jumaat di negeri ini minggu lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) di Kampung Ulu Chepor Tambahan, di sini hari ini.

Menurutnya, kerjasama juga dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melalui penganjuran kuliah agama di masjid dan surau.

“Melalui kuliah itu, pengajar atau ustaz terlibat akan menerangkan kepentingan mengambil suntikan vaksin itu kepada orang ramai,” katanya.

Jumlah vaksin yang diterima negeri Perak pada fasa pertama program tersebut ialah sebanyak 79,560 dos dengan melibatkan 33,503 petugas barisan hadapan termasuk Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya