76 anggota Maritim Malaysia Terengganu terima vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

76 anggota Maritim Malaysia Terengganu terima vaksin Covid-19

MUHAMMAD Suffi Mohd. Ramli mendahului senarai penerima vaksin Covid-19 dalam kalangan (Maritim Malaysia Terengganu di Klinik Kesihatan Manir, Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 76 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu selesai menerima vaksin Covid-19, hari ini.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, pemberian vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka selesai hingga akhir tahun ini.

“Fasa pertama melibatkan seramai 76 pegawai dan anggota manakala bagi fasa kedua pula seramai 38 orang menerima vaksin berkenaan.

“Maritim Malaysia Terengganu menyokong penuh pelaksanaan PICK sekali gus menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus anggota di negeri ini mendapat vaksin Covid-19,” katanya dalam kenyataan selepas menerima suntikan berkenaan di Klinik Kesihatan Manir, di sini hari ini.

Menurut Muhammad Suffi, kesemua 76 pegawai dan anggota dijadualkan menerima dos kedua pada 30 Mac ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, jumlah keseluruhan petugas barisan hadapan Maritim Malaysia Terengganu ialah seramai 114 orang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN