1,503 kes sembuh; 1,213 kes positif, 9 kluster, 3 kematian - Utusan Malaysia

1,503 kes sembuh; 1,213 kes positif, 9 kluster, 3 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus menunjukkan penurunan kes dengan merekodkan 1,213 kes kes positif dan 1,503 kes sembuh.

Sebanyak sembilan kluster baharu dan tiga kematian direkodkan dengan terdapat penurunan kes aktif iaitu 14,782 kes berbanding semalam iaitu 15,075 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 155 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 353 kes diikuti Sarawak,  303 kes; Johor, 142 kes dan Pulau Pinang, 104 kes.

“Baki negeri merekodkan kes dua angka manakala Melaka, lapan kes; Labuan, dua kes serta Putrajaya dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN