PKPD terkini di Bandar Raub Perdana pula - Utusan Malaysia

PKPD terkini di Bandar Raub Perdana pula

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penduduk di Bandar Raub Perdana, Jalan Lipis, Daerah Raub, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu perlu dibuat setelah 75 orang disahkan sebagai kontak rapat kepada beberapa kes positif pandemik Covid-19.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah mengambil 40 sampel dan daripada jumlah itu, 35 adalah negatif manakala lima masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang akhbar.

Ismail Sabri berkata, saringan bersasar terhadap baki kontak sedang giat dilaksanakan pihak berwajib dengan tempoh PKPD itu berlangsung dari 12 Februari sehingga 25 Februari ini.

Prosedur operasi standard (SOP) PKPD di lokaliti itu sama seperti diumumkan sebelum ini dan penduduk boleh merujuk laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menghargai mesej ramai warganet terutama masyarakat Tionghua yang sanggup tidak balik ke kampung untuk mengelak berlaku penularan Covid-19.

“Walaupun tidak dapat merayakan Tahun Baharu Cina esok, perkara paling utama ialah semua orang sihat dan dijauhi wabak ini dalam sambutan suasana norma baharu,” katanya.

Seperti waktu musim perayaan lain sebelum ini, pihak polis ujarnya, akan mengawal ketat aspek pematuhan SOP termasuk di kawasan kejiranan dan perumahan di seluruh negara.

Ini tegas beliau, bukan hanya untuk mengelakkan diri daripada disaman, tetapi adalah untuk kepentingan sendiri, selain anggota keluarga lain dan masyarakat dijangkiti wabak itu.

Beliau berharap, pada masa akan datang selepas pandemik maut itu berakhir, rakyat akan dapat pulang ke kampung bersama-sama meraikan Tahun Baharu Cina dengan selamat.

Tahun Baharu Cina kali ini jatuh pada 12 Februari bersamaan hari pertama bulan pertama tahun 4719 mengikut kalendar Cina dengan zodiak haiwan kitaran kali ini ialah lembu jantan.

Terdapat hampir tujuh juta masyarakat Cina di seluruh Malaysia atau sekitar 24 peratus daripada jumlah penduduk negara ini dengan kebanyakannya suku Hokkien dan Kantonis.

Majoriti mereka beragama Buddha dan Tao selain ada juga kaum tersebut menganut ajaran Kristian, Islam dan Hindu dengan sebahagian besar bekerja dalam bidang perniagaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya