Malaysia-Australia rangka kerjasama CSP - Utusan Malaysia

Malaysia-Australia rangka kerjasama CSP

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia dan Australia merangka kerjasama dalam program vaksinasi Covid-19 bagi memastikan pasaran kekal terbuka dan rantaian global berfungsi baik untuk menyokong pemulihan ekonomi dan kehidupan masyarakat.

Ini termasuk kerjasama pengurusan rentas sempadan dalam perkara berkenaan.

Kerjasama itu dicapai menerusi mesyuarat tahunan pertama antara kedua-dua Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Scott John Morrison ketika merasmikan Rakan Kerjasama Komprehensif-Strategik (CSP) melalui persidangan video semalam.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, dalam hal itu, kedua-dua pemimpin meluluskan pelan tindakan yang menggariskan inisiatif-inisiatif kukuh di bawah tiga elemen utama CSP iaitu Kesejahteraan Ekonomi, Masyarakat dan Teknologi serta Kerjasama Pertahanan dan Keselamatan Serantau.

“Selain mengukuhkan kerjasama sedia ada, CSP turut memberi peluang kepada Malaysia dan Australia untuk menjalin kolaborasi dalam pelbagai bidang baharu.

“Ini antaranya ekonomi digital, pertanian dan sekuriti makanan, pengurusan bencana dan kesihatan awam, kesihatan mental;, sains, teknologi dan inovasi (STI), alam sekitar dan pemerkasaan belia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, peningkatan hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia sangat signifikan dan bersejarah kerana mempamerkan satu lagi pencapaian dalam konteks hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Katanya, ia turut mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua pihak untuk mengembangkan lagi hubungan sedia ada yang kukuh dalam pelbagai aspek kerjasama hubungan dua hala dan pelbagai hala.

Dalam pada itu, jelas kenyataan itu, pengumuman CSP antara Malaysia dan Australia semalam tepat pada masanya, sejajar dengan usaha berterusan oleh kedua-dua negara dalam berhadapan situasi serantau dan global yang semakin kompleks dan rumit termasuk situasi pandemik Covid-19. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya