3,680 kes positif, 7 kematian - Utusan Malaysia

3,680 kes positif, 7 kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia masih merekodkan kes harian Covid-19 melepasi 3,000 kes iaitu 3,680 kes dengan tujuh kematian sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak 194,114 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 42,389 kes.

Terdapat 314 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana 122 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Johor menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 1,069 kes diikuti Selangor, 822 kes; Kuala Lumpur, 698 kes; Sabah, 295 kes; Perak, 181 kes; Negeri Sembilan, 112 kes dan Pulau Pinang 101 kes.

“Baki negeri lain merekodkan dua angka iaitu Kedah, 76 kes; Sarawak, 70 kes; Terengganu, 68 kes; Melaka, 63 kes; Kelantan 60 kes; Pahang, 42 kes; Putrajaya, 19 kes manakala Perlis, tiga kes dan Labuan satu kes.

“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 1,858 kes yag menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 151,018 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya