3,680 kes positif, 17 kluster, tujuh kematian - Utusan Malaysia

3,680 kes positif, 17 kluster, tujuh kematian

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia masih merekodkan kes harian Covid-19 melepasi 3,000 kes iaitu 3,680 kes dengan 17 kluster dan tujuh kematian sekali gus menjadikan kes positif negara sebanyak 194,114 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 42,389 kes.

Terdapat 314 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 122 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Johor menjadi negeri tertinggi kes baharu iaitu 1,069 kes diikuti Selangor, 822 kes; Kuala Lumpur, 698 kes; Sabah, 295 kes; Perak, 181 kes; Negeri Sembilan, 112 kes dan Pulau Pinang 101 kes.

Katanya, baki negeri lain merekodkan dua angka iaitu Kedah, 76 kes; Sarawak, 70 kes; Terengganu, 68 kes; Melaka, 63 kes; Kelantan 60 kes; Pahang, 42 kes; Putrajaya, 19 kes manakala Perlis, tiga kes dan Labuan satu kes.

“Bagi kes sembuh, Malaysia merekodkan sebanyak 1,858 kes yag menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sepenuhnya iaitu 151,018 kes.

“Kes kematian melibatkan tiga kes dari Selangor, dua kes dari Perak manakala Sarawak dan Sabah, masing-masing satu kes melibatkan semuanya warga tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai 17 kluster baharu, Noor Hisham berkata, sebanyak 15 kluster berkaitan tempat kerja yang mana enam di Johor, empat di Kuala Lumpur, tiga di Selangor manakala Sabah dan Perak masing-masing satu kluster.

Katanya, kluster berkaitan komuniti pula, masing-masing satu kluster di Sarawak dan Perak.

“Bagi enam kluster berkaitan tempat kerja di Johor ialah Kluster Parit Lanjut di Muar, sebanyak 547 kes dari 1,451 individu disaring dan Kluster Industri Grisek melibatkan Tangkak dan Muar, sebanyak 145 kes dari 537 individu disaring serta Kluster Jalan Trus melibatkan Johor Bahru dan Kluang, sebanyak 10 kes dari 77 individu disaring.

Tiga lagi katanya, Kluster Jalan Medini di Johor Bahru, sebanyak 13 kes dari 291 individu disaring dan Kluster Tengah Tiga di Kluang, sebanyak sembilan kes dari 78 individu disaring serta Kluster Pengerang Utara di Kota Tinggi, sebanyak 26 kes dari 235 individu disaring.

“Empat kluster berkaitan tempat kerja di Kuala Lumpur ialah Kluster Tapak Binan Persiaran Tecoma di Kepong, sebanyak 157 kes dari 376 individu disaring, Kluster Jalan danau di Titiwangsa, sebanyak 11 kes dari 47 individu disaring serta Kluster Jalan Yahya di Titiwangsa, sebanyak lapan kes dari 100 individu serta Kluster Jalan Pudu di Lembah Pantai, sebanyak 13 kes dari 151 individu.

“Tiga di Selangor pula, Kluster Jalan Mutiara di Petaling seramai 32 individu yang disaring, dikesan positif serta Kluster Tapak Bina Tanjung di Kuala Langat, sebanyak 46 kes dari 1,252 individu dan Kluster Persiaran Perkilangan melibatkan Petaling dan Klang, sebanyak 19 kes dari 2,121 individu yang disaring,” katanya.

Tambahnya, baki dua kluster iaitu Kluster Jalan Sulaman di Kota Kinabalu, Sabah, sebanyak 23 kes dari 111 individu dan Kluster Jalan Seri di Kinta, Perak, sebanyak 17 kes dari 24 individu yang disaring.

“Bagi kluster berkaitan komuniti pula, Kluster Jalan pengkalan melibatkan Kinta, Kerian, dan Kampar, Perak, sebanyak 41 kes dari 104 individu dan Kluster Bedayan melibatkan Serian dan Samarahan, Sarawak, sebanyak 13 kes dari 112 individu disaring,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.