250 kompaun sepanjang PKP di SPU - Utusan Malaysia

250 kompaun sepanjang PKP di SPU

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Sebanyak 250 kompaun dikeluarkan Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari lalu sehingga semalam.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, daripada jumlah itu, seramai 200 mereka ialah warga tempatan manakala selebihnya warga asing yang masing-masing dikompaun RM1,000.

Ujar beliau, kesalahan utama dilakukan adalah rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran selain tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di premis perniagaan.

“Terdapat kesalahan tidak mengimbas aplikasi MySejahtera selain masih ada orang awam yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat sesak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan tinjauan di Pasar Awam Apollo Raja Uda, di sini hari ini bersama wakil Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Polis Diraja Malaysia.

Sementara itu, Noorzaiy berkata, pihaknya mendapati penganjur dan orang awam mematuhi SOP ketika berada di pasar berkenaan berbanding sebelum ini.

“Tinjauan di bahagian pasar basah mendapati peniaga dan pembeli mematuhi SOP yang lebih ketat.

“Bagaimanapun di kawasan medan selera, masih terdapat laluan (pintas) yang membolehkan orang ramai masuk tanpa mencatat nama atau mengimbas MySejahtera serta sedikit sesak,” katanya.

Minggu lalu, bahagian pasar hari di pasar itu diberi notis tutup selama seminggu oleh KKM selepas pengunjung dan pihak pengurusan gagal mematuhi SOP. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya