Kes Covid-19 Johor kembali terkawal - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 Johor kembali terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kes Covid-19 di negeri ini dilihat kembali terkawal apabila hanya mencatat sejumlah 48 kes baharu semalam berbanding jumlah yang dicatat dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, 24 daripada kes berkenaan berpunca daripada 19 kluster sedia.

Katanya, sementara itu 19 kes daripada saringan kontak rapat dan lima kes daripada lain-lain saringan.

“Jumlah kes terkumpul di Johor setakat semalam adalah 2,663 kes dengan sejumlah 1,632 kes iaitu 61.3 peratus dilaporkan pulih.

“Setakat semalam juga, jumlah kluster aktif terkumpul di negeri ini kekal sebanyak 19 kluster,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara kluster aktif tersebut Kluster Gemilang, Kluster Kempas, Kluster Langkasuka, Kluster Makmur, Kluster Kiambang dan Kluster Batu 7.

Katanya, peningkatan kes yang dilapor disebabkan pencarian kes secara aktif (ACD) dan aktiviti survelans yang dipertingkatkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi mengekang penularan secepat mungkin.

“Orang ramai diingatkan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu dan mendapatkan rawatan segera sekiranya terdapat gejala seperti demam, batuk, sukar bernafas dan lain-lain.

“Masyarakat juga diingat mengurangkan aktiviti sosial manakala bagi mereka yang sering berulang-alik ke kawasan zon merah digalakkan menjalani ujian Covid-19 di mana-mana fasiliti kesihatan awam atau swasta,” ujarnya lanjut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya