Masjid, surau di zon merah tidak ditutup

Masjid, surau di zon merah tidak ditutup

TOSRIN JARVANTHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Masjid dan surau di daerah ini yang berada dalam zon merah tidak ditutup dan semua aktiviti pengimarahannya diteruskan seperti biasa.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, namun demikian pihak pengurusan masjid dan surau wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

“Setakat ini tiada arahan terbaharu untuk menutup masjid atau surau dan jumlah kehadiran jemaah masih kekal iaitu mengikut 1/3 keluasan masjid atau surau.

“Namun jika ada kes Covid-19 berlaku di masjid atau surau dan setelah mendapat arahan Kementerian Kesihatan, kita akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengekang penularan virus ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan di Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) di sini hari ini.

Sementara itu, Tosrin meminta 47 institusi pendidikan agama swasta termasuk sekolah tahfiz persendirian untuk mematuhi arahan JAINJ iaitu penutupan sementara bermula hari ini sehingga 14 November depan.

Katanya lagi, semua pelajar yang tinggal di asrama institusi pendidikan Islam bawah kelolaan JAINJ telah diarahkan untuk pulang ke rumah masing-masing dengan segera.

Katanya, arahan itu dikeluarkan ekoran Johor Bahru diklasifikasikan sebagai zon merah pada Jumaat lalu.

“Institusi terlibat termasuklah Marsah, Tadika Agama Johor, Sekolah Agama Kerajaan Johor, Maahad Johor dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

“Arahan ini turut melibatkan Madrasah Tahfiz Swasta, Sekolah Rendah Agama Swasta, Sekolah Menengah Agama Swasta dan Madrasah Malabar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya