Tengah hari. Sebaik usai makan bersama dengan keluarga di Restoran Garden Seafood, iPhonenya berbunyi. Ada mesej WhatsApp terpapar pada skrin telefon pintar, Apple. “Salam, tuan. Biodata, sejarah penglibatan@pencapaian tuan dalam dunia bahasa dan sastera serta senarai kumpulan puisi dan cerpen telah kami terima. Terima kasih atas kerjasama tuan.” Rupa-rupanya mesej balas daripada sahabat, Cikgu Su merangkap setiausaha persatuan penulis yang berwibawa di Kuala Kangsar. Munsyi Shi mengenali Cikgu Su melalui…










