Stadium Sultan Ibrahim dipilih jadi tuan rumah Spartan Stadion - Utusan Malaysia

Stadium Sultan Ibrahim dipilih jadi tuan rumah Spartan Stadion

STADIUM Sultan Ibrahim mempunyai kemudahan moden yang sesuai untuk diletakkan teknologi VAR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) merekod satu lagi sejarah baharu apabila Stadium Sultan Ibrahim milik kelab itu dipilih sebagai tuan rumah Spartan Stadion yang pertama di Malaysia yang dijadual berlangsung pada 3 dan 4 September ini.

Kelab itu dalam satu kenyataan memberitahu, Spartan Stadion adalah perlumbaan sejauh 5 kilometer dengan 20 rintangan dan diadakan di stadium sukan profesional yang terkenal di seluruh dunia.

Menurut kenyataan itu, perkara itu menunjukkan kemampuan JDT untuk menarik minat dan kerjasama dengan pelbagai jenama antarabangsa.

Home of the Southern Tigers‘ yang ikonik ini telah membuktikan daya tarikannya dengan anugerah Stadium of the Year oleh StadiumDB.com yang terus meningkatkan jenama JDT di peringkat antarabangsa.

“Kini, gelanggang pasukan JDT tersenarai antara beberapa stadium terpilih di seluruh dunia yang menjadi tuan rumah acara Spartan Stadion yang terkenal di peringkat antarabangsa pada suku ketiga tahun 2021,” jelas kenyataan itu.

Antara jenama antarabangsa lain yang turut bekerjasama dengan JDT termasuk UNICEF, Nike, Hublot, Swag Electric Vehicle dan Subway.

Tambah kenyataan itu lagi, kerjasama dengan jenama antarabangsa meningkatkan nilai dan pendedahan jenama JDT ke peringkat global.

“Ini secara tidak langsung menjana pendapatan yang diperoleh melalui penajaan kerana semakin besar jenama JDT, semakin besar pulangan pelaburan bagi penaja.

“Harimau Selatan memberi contoh kepada kelab lain di rantau ini mengenai bagaimana pengurusan yang progresif dengan visi yang jelas dapat membantu memperkembang jenama di peringkat antarabangsa walaupun JDT baru berusia lapan tahun,” katanya.

Spartan Stadion merupakan sebahagian daripada acara sukan dianjurkan jenama Spartan Race yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 2007 dan telah berkembang ke lebih 30 buah negara antarabangsa.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut berhubung acara itu boleh layari laman web https://www.spartanrace.my/en/race/detail/7448/overview. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya