Tiada alasan, Kelantan City berhak menang - Daniel Gimenez

Tiada alasan, Kelantan City berhak menang – Daniel Gimenez

PEMAIN Negeri Sembilan (kanan) gagal melepasi kawasan pemain Kelantan City pada aksi 16 pasukan Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tiada sebarang alasan perlu diberikan oleh Negeri Sembilan FC (NSFC) terhadap kekalahan 0-2 kepada Kelantan City FC pada perlawanan pertama pusingan 16 Piala FA di Stadium Sultan Muhamad IV, di sini malam tadi.

Pengendai NSFC, Daniel Gimenez Alcaniz berkata, realitinya Kelantan City tampil lebih bagus dan berhak untuk menang sedangkan skuad kendaliannya tidak melakukan apa yang sepatutnya.

“Mungkin kami terlalu yakin atau tidak menghormati lawan yang sepatutnya dihormati. Namun bola sepak meletakkan semua orang di tempat sepatutnya. Kami kalah 2-0 dan kami mesti terima kekalahan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahniah kepada Kelantan City tetapi mungkin pada perlawanan timbal balas nanti, kami akan memperoleh keputusan yang dimahukan,” katanya Ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Beliau berkata, hujan lebat yang tiba-tiba melanda tidak boleh dijadikan alasan kerana semua pemain melalui pengalaman sama dan mereka perlu menyesuaikan diri dengan setiap situasi.

Menurutnya, beliau boleh menggaris dua faktor Utama jika mahu mencari alasan, termasuk kepadatan jadual yang tidak boleh dianggap normal tetapi hakikatnya semua pihak perlu bersandar kepada realiti.

“Kita boleh pilih untuk mencari alasan atau bersandar kepada realiti, tetapi dalam apa situasi sekalipun, saya rasa kami boleh berbuat lebih baik.

Pengendali dari Barcelona, Sepanyol itu menegaskan, barisan pemain NSFC perlu mula mempamerkan sikap lebih baik di atas padang sebagaimana pernah ditunjukkan pada perlawanan-perlawanan pra musim sebelum ini.

Katanya, beliau mengakui pemain-pemain telah memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan, namun memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan diamalkan.

“Mereka ada kualiti dan ia adalah sesuatu yang boleh dilatih. Namun mereka juga memerlukan satu elemen semulajadi, iaitu sikap. Kita perlu mempamerkan sikap lebih baik di atas padang, dalam latihan dan di mana-mana sahaja.

“Apapun berlaku, jika ada satu sosok yang mahu dipersalahkan, itu ialah saya dan bukan barisan pemain. Saya ambil tanggungjawab penuh selaku individu yang menetapkan kesebelasan pemain dan corak permainan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini