Pukul bapa guna cempedak, buruh sawit mengaku salah

Pukul bapa guna cempedak, buruh sawit mengaku salah

TERTUDUH semasa dibawa anggota polis untuk menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang buruh sawit mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan mendatangkan kecederaan parah terhadap bapa kandungnya dengan menggunakan buah cempedak dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sungai Johar, Kuala Krai bulan lalu.

Tertuduh, Muhamad Zarid Danial Rahim, 30, membuat pengakuan itu selepas mengangguk faham sebaik sahaja pertuduhan keatasnya selesai dibacakan di hadapan hakim Zulkipli Abllah

Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap bapanya, Rahim Mamat, 58, menggunakan buah cempedak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan itu dilakukan pada 13 Ogos lalu sekitar pukul 11 pagi di sebuah rumah di Kampung Sungai Johar, Kuala Krai.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Oktober depan bagi sebutan fakta kes dan hukuman.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini