GPMS tolak mansuh AUKU secara menyeluruh

GPMS tolak mansuh AUKU secara menyeluruh

Muhd. Fazreen Ismadi Fauzi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menolak cadangan kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 secara menyeluruh kerana kebebasan mahasiswa perlu seiring dengan tanggungjawab, disiplin, etika dan akauntabiliti.

Presidennya, Muhd. Fazreen Ismadi Fauzi berkata, GPMS tidak menolak kebebasan mahasiswa atau reformasi namun bimbang kebebasan tanpa pendidikan, disiplin dan akauntabiliti boleh menjejaskan fungsi universiti.

“GPMS tidak takut kepada kebebasan mahasiswa. GPMS takut apabila kebebasan diberikan tanpa pendidikan, tanpa disiplin dan akauntabiliti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kelemahan atau kekangan dalam AUKU boleh diperbaiki menerusi pindaan bersasar tanpa perlu memansuhkan keseluruhan akta yang turut menjadi sebahagian daripada kerangka tadbir urus institusi pendidikan tinggi negara,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Muhd. Fazreen berkata, universiti mesti menjadi medan ilmu dan demokrasi, bukan medan politik kepartian.

Katanya, GPMS mengemukakan tiga pendirian, iaitu kerajaan tidak wajar memansuhkan AUKU sebelum kajian komprehensif dan pandangan semua pemegang taruh diperoleh.

Ujarnya, Jawatankuasa Reformasi AUKU juga perlu diwujudkan melibatkan mahasiswa, akademik, alumni, badan pendidikan dan organisasi mahasiswa.

“GPMS turut menyeru kerajaan supaya tidak membuat keputusan tergesa-gesa dan memberi ruang kepada perbincangan nasional lebih menyeluruh sebelum sebarang pemansuhan dibuat.

“GPMS menyokong reformasi AUKU tetapi menolak pemansuhan secara membuta tuli,” tegasnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN