Anggota tentera terkena tembakan di lapang sasar

Anggota tentera terkena tembakan di lapang sasar, rakan sepasukan ditahan

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang anggota tentera cedera selepas terkena tembakan ketika berada di lapang sasar di Sungai Menyala di sini, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasharudin Mohd Shariff berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa bersama beberapa anggota lain berada di lokasi berkenaan sebelum dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan oleh seorang rakan sepasukan.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan dibawa ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang juga merupakan anggota tentera ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini

Mohd. Nasharudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×