Tiada perbincangan guna nama Perikatan Barisan Nasional

Tiada perbincangan guna nama Perikatan Barisan Nasional

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor ketika berucap pada Ceramah Umum Perdana PN dan BN Parlimen Jempol  di Bandar Seri Jempol , Jempol,  malam tadi. -UTUSAN/NOR SHAFIQAH MOHD. GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Tidak ada sebarang perbincangan dilakukan mengenai penggunaan nama Perikatan Barisan Nasional (PBN) seperti yang dikemukakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, setakat ini beliau hanya menganggap ia hanya pandangan peribadi Hamzah.

“Saya pun tidak pernah dengar, tiada dalam perbincangan. Mungkin dia syok-syok cadang sahaja, tidak ada perbincangan sampai ke peringkat itu. Beliau seorang sahaja yang cadang istilah itu, nama itu hanyalah ‘perhiasan’ sahaja, tidak perlu dibesar-besarkan pun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Umum Perdana PN dan Barisan Nasional (BN) Parlimen Jempol di Bandar Seri Jempol di sini, malam tadi.

Kelmarin, media melaporkan Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) itu  mencadangkan supaya persefahaman kerjasama antara PN dan PN yang bermula semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dikenali sebagai PBN.

Beliau dilaporkan berkata, cadangan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan penyokong kedua-dua gabungan politik berhubung persefahaman yang dibentuk.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah itu berkata, gabungan itu meletakkan sasaran untuk memenangi kesemua 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.

“Kalau ikut pembahagian kerusi, PN bertanding 11 kerusi. Sasaran kita sudah tentulah menang semua 11 kerusi yang kita tandingi. Insya-Allah, kita doa yang baik-baik. Mudah-mudahan diberikan kemenangan,” katanya.

Sementara itu ketika berucap, Muhammad Sanusi berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal hilang daripada landskap politik negara jika terus bersikap ego, menyerang Pas dan enggan memperkukuh kerjasama dalam kalangan parti pembangkang.

Dakwanya, Bersatu tidak mampu bergerak bersendirian dan perlu menerima dengan hati terbuka kerjasama antara BN dan PN dalam menghadapi PRN Negeri Sembilan serta pilihan raya akan datang.

Menurutnya, Bersatu sebelum ini banyak bergantung kepada sokongan pengundi dan jentera Pas namun kini dilihat lebih banyak menyerang Pas berbanding Pakatan Harapan (PH).

“Selama ini dia (Bersatu) hidup dengan undi Pas, tetapi lepas itu dia ‘tibai’ Pas. Tak lama dah kalau perangai kekal macam ini. Bersatu akan ‘ghuyup’ daripada politik tanah air ini.

“Ada ke masuk pilihan raya tembak sama sendiri? Biarlah mereka menyalak seorang. Kalau sikap ini berterusan, ini pilihan raya terakhir untuk mereka. Lepas ini ghuyup,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN