PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujud sedikit unsur ‘khianat’ dalam kerjasama politik di Negeri Sembilan yang kemudian memaksa kerajaan negeri mengadakan pilihan raya negeri (PRN) lebih awal. Perdana Menteri berkata, tindakan khianat itu secara khusus merujuk kepada tindakan yang boleh menjejaskan kerjasama dan kestabilan politik yang telah dipersetujui di negeri itu. “Saya bagi kenyataan bahawa dalam menjayakan kerjasama dalam negara ini, jangan ada unsur-unsur pengkhianatan. Kalau tak khianat, baguslah.…










