KOMIK bersiri Anak-Anak Sidek yang diterbitkan pada 1995 sehingga 2006 pernah menjadi antara naskhah terlaris dalam sejarah negara.
Komik tersebut menceritakan kisah lima beradik iaitu Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid dan bapa mereka, Mohd. Sidek Abdullah Kamar melayari kehidupan sebelum bergelar jaguh negara dalam sukan badminton.
Kisah komik Anak-Anak Sidek semuanya hasil coretan penerbit dan pelakon filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang gigih mengumpul maklumat dari sumber utama iaitu Sidek sekeluarga.
Raja Azmi yang pernah bergelar isteri kepada Jalani selama 28 tahun, tertarik dengan visi bapa mentuanya dalam mendidik anak-anak menjadi jaguh badminton satu masa lalu.

“Saya berkahwin dengan Jalani pada tahun 1984, lima tahun selepas saya meletakkan jawatan sebagai pramugari Malaysia Airline. Sebelum menerbitkan komik Anak-Anak Sidek, bertahun-tahun saya mengumpul cerita yang saya dapat daripada bapa mentua dan anak-anaknya.
“Tiba sahaja hujung minggu, semua adik beradik Sidek akan pulang ke kampung mereka di Banting atas permintaan bapa.
“Bapa memang seorang yang suka bercerita, tambah pula melihat anak menantunya bersedia dengan pen dan kertas.“Setiap cerita mereka adalah kisah yang diceritakan sewaktu minum petang, Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya,” katanya.
Menyambung cerita, tujuan Raja Azmi menerbitkan komik Anak-Anak Sidek adalah untuk dijadikan rujukan generasi baharu mengenai watak utama iaitu Mohd. Sidek yang gigih melatih anak-anaknya menjadi pemain badminton handalan.
“Saya tidak pernah meletakkan harapan, sekadar mahu Haji Sidek dan anak-anaknya menjadi rujukan generasi baharu. Tapi tidak sangka pula komik itu popular dan mendapat sambutan.
“Sidek merupakan individu yang luar biasa dari segi visi dan misinya dalam mendidik anak-anak. Sebaik Misbun dilahirkan, beliau berdoa kepada Allah agar dikurniakan lengkap lima anak lelaki. KOMIK bersiri Anak-Anak Sidek yang diterbitkan pada 1995 sehingga 2006 pernah menjadi antara naskhah terlaris dalam sejarah negara.
Komik tersebut menceritakan kisah lima beradik iaitu Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid dan bapa mereka, Mohd. Sidek Abdullah Kamar melayari kehidupan sebelum bergelar jaguh negara dalam sukan badminton.
Kisah komik Anak-Anak Sidek semuanya hasil coretan penerbit dan pelakon filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang gigih mengumpul maklumat dari sumber utama iaitu Sidek sekeluarga.
Raja Azmi yang pernah bergelar isteri kepada Jalani selama 28 tahun, tertarik dengan visi bapa mentuanya dalam mendidik anak-anak menjadi jaguh badminton satu masa lalu.
“Saya berkahwin dengan Jalani pada tahun 1984, lima tahun selepas saya meletakkan jawatan sebagai pramugari Malaysia Airline. Sebelum menerbitkan komik Anak-Anak Sidek, bertahun-tahun saya mengumpul cerita yang saya dapat daripada bapa mentua dan anak-anaknya.
“Tiba sahaja hujung minggu, semua adik beradik Sidek akan pulang ke kampung mereka di Banting atas permintaan bapa.
“Bapa memang seorang yang suka bercerita, tambah pula melihat anak menantunya bersedia dengan pen dan kertas.
“Setiap cerita mereka adalah kisah yang diceritakan sewaktu minum petang, Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya,” katanya.
Menyambung cerita, tujuan Raja Azmi menerbitkan komik Anak-Anak Sidek adalah untuk dijadikan rujukan generasi baharu mengenai watak utama iaitu Mohd. Sidek yang gigih melatih anak-anaknya menjadi pemain badminton handalan.
“Saya tidak pernah meletakkan harapan, sekadar mahu Haji Sidek dan anak-anaknya menjadi rujukan generasi baharu. Tapi tidak sangka pula komik itu popular dan mendapat sambutan.
“Sidek merupakan individu yang luar biasa dari segi visi dan misinya dalam mendidik anak-anak. Sebaik Misbun dilahirkan, beliau berdoa kepada Allah agar dikurniakan lengkap lima anak lelaki.
ANAK-ANAK SIDEK TERLALU POPULAR
“Katanya, kalau perjuangan Hang Tuah dan empat beradik melalui keris, anak-anak sidek biarlah menjadi pejuang Melayu melalui raket. Begitu dahsyatnya bekas bapa mentua saya,” kongsinya.
Sambutan masyarakat terhadap siri animasi Anak-Anak Sidek ketika ditayangkan di RTM satu ketika dahulu amat luar biasa.
Namun selepas dua musim ditayangkan, siri animasi itu terpaksa dihentikan kerana perubahan tampuk kepimpinan dalam kerajaan.
“ Siri animasi tersebut ditamatkan dengan alasan Anak-Anak Sidek terlalu popular, jadi tidak perlu lagi diberikan publisiti.
“Ketika itu saya cukup sedih kerana Anak-Anak Sidek sudah pun meninggalkan impak yang besar terhadap masyarakat.
“RTM berpesan kepada saya agar tidak menceritakan hal ini kepada akhbar. Saya juga dinasihatkan untuk menghasilkan siri animasi lain,” ujarnya.
Raja Azmi, sebelum pandemik, pernah merancang untuk menerbitkan sebuah filem yang menceritakan perjalanan Haji Sidek dalam mendidik anak-anaknya.
Hasrat itu bagaimanapun terkubur apabila permohonan dana kerajaan yang diberikan Perbadanan Filem Nasional (Finas) ditolak serta merta.
“Ketika itu dana tersebut baru diperkenalkan dengan pemberian dana sehingga RM5 juta untuk sebuah filem. Saya berhasrat untuk membuat filem berkenaan tetapi bajet saya bernilai RM10 juta.
“Ketika sesi pitching, pihak Finas mempersoalkan kenapa bajet terlalu besar. Saya jawab bukan mudah untuk membuat filem epik, tambahan pula perancangan filem itu telah mendapat kelulusan kelima-lima adik beradik Sidek dengan syarat bayaran royalti RM100,000 diberikan kepada setiap mereka.
“Saya kata kepada FINAS, dana RM5 juta memadai, kemudian saya akan usahakan untuk menambahnya. Tapi akhirnya dana itu tidak diluluskan. Apa pun saya tidak berputus asa dan akan buat permohonan semula,” kongsinya.
PERCERAIAN
Selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga, Raja Azmi akhirnya bercerai dengan Jalani pada 2012. Tiada pergolakan rumah tangga yang berlaku dan perceraian tersebut dicapai hasil kesefahaman kedua -dua pihak.

“Adalah beberapa isu, tapi tidaklah sampai membawa kepada perceraian tersebut. Hendak cerita sekarang, tidak manis sebab masing-masing sudah berkeluarga. Apa pun kami bercerai secara baik.
“Jalani pun tidak suka bercerita perihal itu. Tapi yang penting kami bercerai ketika sudah memiliki dua cucu,” selorohnya.
Raja Azmi memaklumkan perceraian itu atas permintaannya namun diperkenankan Tuhan yang menentukan segalanya.
“Saya rancang dan minta, Allah makbulkan. Saya kasihan kepada Jalani, disebabkan kontroversi yang tercipta daripada saya, dia turut terkena tempiasnya.
“Sekarang ini kami tiada apa-apa hubungan, tidak baik tapi tidak bermusuh. Kami sudah bertemu pasangan masing-masing. Kalau jumpa tegur,” kongsinya.
KONTROVERSI 2011

Pada 2011, Raja Azmi sekali lagi terpalit dengan kontroversi pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerbu sebuah hotel di ibu negara setelah mendapat laporan Raja Azmi kononnya berdua-duaan dengan bekas jaguh badminton Malaysia, Roslin Hashim.
“Asalnya, kami bercadang untuk berjumpa dengan seorang lelaki dari Johor di hotel tersebut. Ketika itu Roslin baru berkahwin. Sebelum itu saya dan Roslin hadir ke majlis pelancaran ladang kuda sahabat kami di Kemensah.
“Sebenarnya, gerak geri kami telah diekori pengintip yang dibayar seseorang.
“Jadi, perancangan itu berjumpa lelaki itu hanyalah perangkap yang diada-adakan. Jadi, ketika serbuan Jakim berlaku hanya saya berada di dalam bilik hotel sementara Roslin menunggu di lobi,” ceritanya.
Raja Azmi memaklumkan hubungannya dengan Roslin tidak ubah seperti adik beradik dan tidak mungkin untuk mereka menjalinkan hubungan cinta.
“Memang sebelum itu Roslin pernah tinggal di rumah saya sebab ketika itu dia giat berlatih dengan bekas suami saya. Dia pun ketika itu baru satu tahun mendirikan










