PUTRAJAYA: Semua pusat jagaan dan taman asuhan kanak-kanak (taska) di negara ini perlu memastikan pengoperasian adalah secara sah dan berdaftar. Kegagalan mematuhi syarat tersebut boleh menyebabkan mereka berdepan tindakan melalui penguatkuasaan tegas termasuk penutupan premis atau penyitaan serta-merta. Langkah itu dibuat melalui Pasukan Petugas Khas Tindakan Penguatkuasaan Pemutihan ke atas Pusat Jagaan dan Taska Tidak Berdaftar di seluruh negara termasuk pengusaha taska di rumah. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,…










