Putrajaya: Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030) yang dilancarkan semalam adalah ikhtiar strategik bagi mempersiapkan negara menghadapi era kecerdasan buatan (AI), automasi dan ekonomi berasaskan data. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan berkenaan turut memperkukuh daya tahan Malaysia dalam mendepani ketidaktentuan geopolitik serta persaingan ekonomi digital global. “Keutamaan kita ialah memastikan setiap inisiatif dilaksanakan dengan tersusun, berdisiplin dan berimpak agar dapat memberi manfaat kepada rakyat, memperkukuh daya saing…










