PETALING JAYA: Dua parti politik tidak dibenarkan menggunakan logo sama untuk bertanding dalam pilihan raya melainkan mendapat watikah pencalonan daripada pemimpin tertinggi sesuatu parti atau gabungan. Keadaan itu menyebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas terpaksa menggunakan logonya sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan. Ini kerana ketetapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jelas hanya mengiktiraf watikah pencalonan yang ditandatangani pemimpin utama gabungan iaitu Pengerusi Perikatan Nasional…










