Lebih 13,000 etnik Rohingya tinggal di empat jajahan di Kelantan

Lebih 13,000 etnik Rohingya tinggal di empat jajahan di Kelantan

MOHD. Yusoff Mamat semasa sidang media di IPK Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lebih 13,000 etnik Rohingya yang tinggal secara berselerak di empat daerah di negeri ini hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan oleh polis sehingga bulan lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ia melibatkan daerah Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 8,000 etnik tersebut tidak memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) manakala 5,373 lagi memiliki dokumen tersebut.

“Berdasarkan maklumat Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, kebanyakan etnik Rohingya bekerja sebagai buruh kasar di negeri ini seperti berkebun, membina rumah selain mengambil upah melakukan kerja-kerja.

“Kebanyakan kerja-kerja itu tidak mahu dilakukan oleh orang tempatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, setakat ini, polis tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk setempat yang merungut mengenai kehadiran etnik Rohingya di kawasan mereka.

Katanya, keadaan di Kelantan tidak sama seperti di tempat lain terutamanya ibu negara apabila etnik Rohingya dilihat semakin menguasai kawasan perniagaan sehingga menimbulkan rasa kurang senang rakyat tempatan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN