GNG Tiles Malaysia tawar lebih 200 variasi jubin Jepun eksklusif - Utusan Malaysia

GNG Tiles Malaysia tawar lebih 200 variasi jubin Jepun eksklusif

GNG Tiles Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Menggabungkan warisan seni dan teknologi moden, jubin dari Jepun terus menjadi pilihan pengguna di Malaysia.

Menurut pembekal dan pengedar jubin import terkemuka negara, GNG Tiles Malaysia, konsep Japandi yang semakin popular ketika ini turut menyumbang kepada permintaan tinggi terhadap jubin yang diimport dari Jepun.

Pengurus Hal Ehwal Korporat GNG Tiles Malaysia, Abdul Razak Mohd Ghazali berkata, kerjasama strategik yang terjalin antara syarikat itu dengan TN Corporation dari Jepun menjadikan GNG Tiles Malaysia sebagai pilihan utama pelanggan untuk mendapatkan koleksi eksklusif jubin Jepun.

Tambah beliau, lebih 200 variasi jubin yang diimport khas dari Negara Matahari Terbit itu mampu memenuhi cita rasa dan melengkapkan kepuasan pelanggan, sama ada untuk kediaman mahupun projek komersial.

GNG Tiles Malaysia

“Kami mengimport jubin ini terus dari Jepun bagi memastikan kualitinya sentiasa terjamin. Jubin ini bukan sahaja menampilkan corak yang unik dengan sentuhan warisan Jepun, malah keistimewaannya turut terletak pada proses pembuatannya yang rumit dan teliti.

“Selain menawarkan pelbagai pilihan corak yang menarik, kami juga memastikan stok bagi setiap variasi sentiasa mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran di Malaysia,” katanya.

Mensasarkan peningkatan jualan sehingga 50 peratus tahun ini, beliau berkata pendedahan yang lebih meluas mengenai kelebihan jubin Jepun dilihat mampu meningkatkan popularitinya dan bersaing dengan jubin yang diimport dari negara-negara Eropah.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, konsep Japandi menjadi antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jualan jubin Jepun. Dengan kadar serapan air yang rendah, jubin ini amat sesuai digunakan di kawasan seperti dapur, bilik air dan kolam renang, sekali gus melengkapkan idea reka bentuk dalaman moden.

“Kami juga mendapatkan pensijilan daripada SIRIM bagi memastikan setiap produk yang ditawarkan memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan yang ditetapkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN