Warga emas dikhuatiri jatuh tali air

Warga emas dikhuatiri jatuh tali air

OPERASI mencari lelaki warga emas yang disyaki terjatuh ke dalam tali air di Kampung Padang Tengah, Tikam Batu di Sungai Petani. - IHSAN BOMBA KEDAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang warga emas lelaki berusia 83 tahun dikhuatiri terjatuh ke dalam tali air di Kampung Padang Tengah, Tikam Batu, di sini hari ini.

Mangsa, Mohamad Khalid@ Halim Salleh disyaki terjatuh di situ susulan penemuan selimut miliknya berhampiran lokasi kejadian yang tidak jauh daripada rumahnya.

Pegawai Komander Operasi Kanan, Penguasa Bomba Bryan Del Bungkias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada Pusat Gerakan Polis Kedah pada pukul 8.55 pagi.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalankan menggunakan kaedah pencarian di permukaan selain penggunaan peralatan grappling iron bagi mengesan mangsa.

“Pasukan Penyelamat Di Air turut melakukan selaman di kawasan mangsa dipercayai terjatuh. Operasi itu juga dibantu pihak polis menerusi Unit Anjing Pengesan (K9). Kerja-kerja pencarian di permukaan serta sepanjang tebing juga giat dijalankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN