KUALA LUMPUR: Semua agensi berkaitan diberikan tempoh masa dua minggu untuk mengemukakan laporan pelaksanaan bagi setiap inisiatif pekerja yang diumumkan Perdana Menteri semalam. Laporan itu perlu diserahkan kepada menteri terlibat sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam masa tiga minggu lagi. Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak mahu kerajaan mengulangi amalan lampau iaitu selepas sesuatu pengumuman dibuat, tindakan pula mengambil masa lama iaitu enam bulan malah sehingga setahun atau lebih.…










