Tahan lelaki, PGA tumpas kegiatan pengedaran cecair mushroom 

Tahan lelaki, PGA tumpas kegiatan pengedaran cecair mushroom 

SEBAHAGIAN cecair dipercayai dadah yang dirampas dalam serbuan di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian, Kelantan.-IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan pengedaran cecair disyaki dadah jenis mushroom bernilai lebih RM750,000 selepas menahan seorang lelaki di sebuah pusat pengajian tinggi di Kok Lanas pada Ahad lalu.

Serbuan pukul 6 petang hasil maklumat risikan itu membawa kepada penahanan seorang lelaki yang berada di atas sebuah motosikal di tepi bahu jalan dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara Senior Asisten Ahmad Radzi Hussain berkata, pegawai bertugas terus menghampiri suspek dan menunjukkan kad kuasa sebelum meminta lelaki tersebut mengemukakan dokumen pengenalan diri.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek, PGA telah menemukan satu beg plastik mengandungi lima botol plastik lutsinar berisi cecair disyaki dadah jenis mushroom.

“Soal siasat awal membawa kepada serbuan di sebuah Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian. Pemeriksaan di dalam rumah tersebut telah menemukan cecair dipercayai dadah jenis mushroom berjumlah 50,400 milliliter (ML),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, selain itu PGA turut sebuah telefon bimbit jenis iPhone 17 Pro Max.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM762,000,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN