SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyemak pelaksanaan pengurangan sewa di premis-premis milik pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melindungi industri yang menerima impak paling besar akibat krisis di Asia Barat. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya turut menyediakan bantuan kepada usahawan di bawah Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) melalui koperasinya (Kohijrah) “Kita juga akan mengambil kira golongan penjaja, peniaga kecil, dan peruncit kerana mereka merupakan barisan hadapan ekonomi harian rakyat…










