IPOH: Raja boleh menegur dan memberi pandangan kepada kerajaan namun ia perlu dilakukan secara berhemah dan bukan secara terbuka sehingga meletakkan kerajaan dalam keadaan serba salah. Pakar perlembagaan, Abdul Aziz Bari berkata, dalam konteks demokrasi berparlimen, medan untuk menyalahkan kerajaan adalah di dalam Dewan dan pihak istana tidak harus terperangkap dalam polemik politik. Menurut beliau, setiap kenyataan perlu dilihat dalam konteks tanggungjawab yang dipikul oleh kerajaan sebagai pihak yang mentadbir…










