IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan Sistem Perekodan Kokurikulum secara manual sebagai sebahagian daripada komitmen mengurangkan beban tugas guru. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, oleh itu, pihak sekolah diberikan autonomi untuk menguruskan perekodan kokurikulum mengikut kesesuaian dan kreativiti sebelum mencatatkan maklumat kokurikulum murid dalam sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Katanya, sistem PAJSK juga perlu disepadukan dengan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) bagi memperkemas dan meningkatkan kecekapan urusan secara…










