KUALA LUMPUR: Pendirian Kesatuan Eropah (EU) terhadap Palestin sama sebagaimana kerajaan Malaysia.
Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia Rafael Daer berkata, ini dibuktikan menerusi bantuan kepada Palestin yang berjumlah 12 bilion Euro (RM55 bilion).
“EU berpendirian sama sebagimana Malaysia yang berdiri teguh di belakang Palestin, ” katanya menerusi ucapan sempena sambutan Hari Eropah di sini semalam.
Katanya lagi, negara di bawah EU lain juga berpendirian sama.
Dalam pada itu, Daer berkata, EU juga sentiasa terbuka untuk memperkukuh kerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai bidang pada masa akan datang terutamanya dalam sektor pelaburan dan pendidikan.-UTUSAN.










