Naratif lagakan PH-BN hanya untungkan PN - Utusan Malaysia

Naratif lagakan PH-BN hanya untungkan PN

NURHIDAYAH CHE ROSE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kenyataan Khairy Jamaluddin yang mempertikai hubungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memperlihatkan politik persepsi yang cetek dan bermotif peribadi.

Ketua Srikandi Keadilan, Nurhidayah Che Rose berkata, naratif yang melaga-lagakan itu hanya menguntungkan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, ia bukan pendirian berprinsip, sebaliknya percaturan politik lama yang cuba dihidupkan semula.

“Setelah sekian lama KJ (Khairy Jamaluddin) tidak bersama UMNO, tiba-tiba beliau tampil seolah-olah membawa suara parti.

“Hakikatnya, ini bukan suara UMNO sebaliknya suara individu yang sedang mencari ruang untuk kembali relevan,” katanya di sini hari ini.

Kata Nurhidayah, cubaan mencetuskan konflik dan kekeliruan rakyat demi populariti politik adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

“Malaysia tidak perlukan ‘batu api’ politik, rakyat perlukan kestabilan dan penyelesaian. Cukuplah dengan politik murahan, rakyat sudah muak,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN