KUALA LUMPUR: Kerosakan serta musibah yang dibawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low kepada negara terlalu besar sehingga tidak wajar diberikan sebarang pertimbangan untuk dimaafkan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jho Low tidak sepatutnya diberi sebarang pengampunan atau kelonggaran susulan skandal besar yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Saya senada dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bahawa Jho Low…










