Malaysia tidak akan beri pengampunan

Malaysia tidak akan beri pengampunan

ANWAR Ibrahim menurunkan tanda tangan pada sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan semalam. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Malaysia tidak akan memaafkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low walaupun Amerika Syarikat (AS) membuat pendirian berbeza mengenainya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kuala Lumpur tidak akan menentang pendirian yang bakal dibuat oleh AS dan negara ini tidak terikat dengan keputusan tersebut.

“Kami tidak akan mempertimbangkannya (jika Jho Low memohon pengampunan dari Malaysia). Tidak ada masalah kerana ini adalah keputusan AS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di Bandar Sri Sendayan di sini semalam.

Anwar mengulas laporan Wall Street Journal bahawa Jho Low dikatakan telah memohon pengampunan daripada Presi­den AS, Donald Trump.

Laporan itu yang memetik sumber yang mengetahui perkara tersebut memberitahu, permohonan itu difailkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan jika diluluskan, ia akan menggugurkan pertuduhan je­nayah yang dikenakan terhadap Jho Low di AS.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jho Low tidak sepatutnya diberi sebarang pengampunan atau kelonggaran susulan skandal besar yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, kerosakan serta musibah yang dibawa Jho Low kepada negara terlalu besar sehingga tidak wajar diberikan sebarang pertimbangan untuk dimaafkan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN