KUALA LUMPUR: Industri semikonduktor Malaysia mencatatkan anggaran hasil RM400 bilion tahun lalu lantas membuktikan sektor itu telah berkembang menjadi antara kekuatan utama ekonomi negara. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkembangan itu dipacu peningkatan permintaan terhadap pusat data, pelayan dan peralatan rangkaian berikutan lonjakan trafik data global. Katanya, permintaan terhadap teknologi semikonduktor dijangka terus meningkat seiring perkembangan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan yang memerlukan…









