KOTA BHARU: Penyanyi wanita sohor Kelantan Eda Ezrin selamat bersalin anak ketiganya di sebuah hospital swasta di sini hari ini.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail menerusi satu hantaran status yang dimuat naik di Instagram miliknya.
“Alhamdulillah selamat bersalin anak perempuan, berat 2.75 kilogram,” tulis penyanyi yang popular dengan lagu Bea sobar bea duet bersama dengan Den Manjo.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Eda Ezrin yakin single terbarunya, Adik Saye Abe Sore bersama Den Manjo mampu mengulangi fenomena lagu Bea Sobar Bea atau Cinta Setandang Pisang yang ‘meletup’ sehingga ke Indonesia.
Eda Ezrin berkata, ia mampu direalisasikan dengan sokongan padu diberikan peminat sepertimana karya Bea Soar Bea sebelum ini.-UTUSAN










