DAP arah jentera sedia hadapi pilihan raya Melaka, Johor, Negeri Sembilan

DAP arah jentera sedia hadapi pilihan raya Melaka, Johor, Negeri Sembilan

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP mengarahkan seluruh jentera parti itu untuk bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya pilihan raya mengejut di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dibubarkan dalam masa terdekat.

Arahan itu dikeluaran hasil keputusan daripada mesyuarat bulanan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang diadakan malam semalam.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, susulan perkembangan terkini keadaan politik di Negeri Sembilan pihaknya memutuskan bahawa DAP akan terus mendukong dan memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar.

“DAP sentiasa menghormati dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan. Segala isu yang melibatkan institusi Raja dan Adat Perpatih perlu diselesaikan dengan penuh hormat dan tertib mengikut lunas Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri. 

“DAP menjunjung kasih ke bawah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di atas titah Tuanku supaya kerajaan negeri terus berfungsi seperti biasa di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Anthony Loke berkata, pihaknya tidak akan bersetuju dengan apa-apa cadangan pertukaran Menteri Besar pada ketika ini selepas cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan sedia ada gagal. 

“DAP mengarahkan seluruh jentera parti untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan pilihan raya mengejut di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sekiranya DUN masing-masing dibubarkan dalam masa terdekat,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN