Auntea Jenny kini sah Halal, sasar buka lebih 100 cawangan menjelang hujung tahun - Utusan Malaysia

Auntea Jenny kini sah Halal, sasar buka lebih 100 cawangan menjelang hujung tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jenama minuman teh segar antarabangsa, Auntea Jenny, mencatatkan pencapaian penting apabila 12 cawangannya di Malaysia kini secara rasmi menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Majlis pelancaran pensijilan tersebut yang diadakan hari ini turut disaksikan oleh Pengarah Eksekutif JAKIM, Ustaz Muhyidin Aziz @ Saari, bersama tetamu jemputan khas, Syed Saddiq dan Bella Astillah.

Langkah ini menandakan komitmen jenama tersebut dalam mengukuhkan sistem pematuhan piawaian kualiti dan operasi di seluruh rantaian bekalannya bagi pasaran tempatan.

Pengurus Besar Auntea Jenny Malaysia, Ng Ching Wai berkata, pensijilan tersebut merangkumi cawangan di lokasi strategik termasuk Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Perak dan Melaka.

“Pensijilan Halal adalah bukti sistem kualiti kami dan merupakan tanda penghormatan kami terhadap pasaran Malaysia. Kami sentiasa berpegang kepada prinsip ‘Buah Sebenar, Teh Sebenar, Kualiti Sebenar’,” katanya.

Setakat ini, Auntea Jenny mengendalikan hampir 50 cawangan di seluruh negara dan optimis untuk menggandakan jumlah tersebut sehingga melepasi 100 cawangan menjelang akhir tahun 2026.

Dalam majlis yang sama, jenama itu turut diiktiraf oleh ASEAN Records dan ASIA Records menerusi rekod ‘Mango Pomelo Sago Paling Laris’ dengan catatan jualan sebanyak 85.9 juta cawan pada tahun 2025 di peringkat global.

Sempena meraikan kejayaan ini dan pelancaran aplikasi mudah alih rasmi, Auntea Jenny bakal mengadakan program pemberian 30,000 cawan minuman percuma di seluruh negara bermula 13 hingga 15 Mei ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN