Tiada rundingan selepas BN tarik sokongan - Aminuddin - Utusan Malaysia

Tiada rundingan selepas BN tarik sokongan – Aminuddin

AMINUDDIN Harun pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Seremban hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tidak ada rundingan diadakan antara Pakatan Harapan (PH) negeri ini bersama Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) susulan kemelut politik yang melanda negeri ini sejak kelmarin.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengesahkan sejak 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN menarik sokongan terhadapnya sebagai Menteri Besar tidak ada perbincangan lanjut dibuat antara semua pihak yang terlibat.

Katanya, beliau telah cuba menghubungi beberapa ADUN UMNO pada pagi Isnin lalu selepas mengetahui mengenai perkara itu  namun panggilan yang dibuat tidak bersambung.

“Tidak ada perbincangan dengan ADUN BN untuk kembali sokong sebab mereka sudah tarik sokongan, tak nak kawan saya.

“Samada hendak kembali sokong atau tidak, saya perlu mendapatkan persetujuan daripada presiden saya dan tidak boleh mengambil tindakan secara sendirian,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Negeri di sini hari ini.

Mengenai laporan, empat ADUN UMNO dikatakan berpatah balik untuk kembali menyokong beliau sebagai sebagai Menteri Besar, Aminuddin berkata, beliau tiada maklumat mengenainya.

“Tidak sesuai untuk saya menafikan laporan itu kerana saya sebenarnya tidak maklumat mengenainya,” ujarnya.

Laporan itu menyebut ADUN Lenggeng, Datuk Mohd. Asna Amin bersama ADUN Senaling, Datuk Ismail Lasim, ADUN Jeram Padang, Datuk  Mohd. Zaidy Abdul Kadir dan ADUN Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi dilaporkan membuat pusingan u dan kembali menyokong Aminuddin.

Kesemua mereka dilaporkan menafikan dakwaan tersebut.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN